Monday 26 September 2011

Chapter 3: Apa sebenarnya tutup aurat ni???

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Good morning to the examiner and my fellow candidates...
What is the true concept of covering our hijab...
In my opinion, i strongly believe that...
heheh... training sket BI.. MUET dh dekat dh...

sekadar nk berkongsi sikit semperna minggu "tutp aurat & anti couple" (kat KMPP)...
moga2 dengan sedikit ilmu yg dikongsi ni dapat diamalkan & menyelamatkn diri kita dari azab api neraka...


Menutup aurat merupakan kewajipan agama yang sudahpun diketahui umum umat Islam. Tuntutan menutup aurat itu sabit berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur'an, hadits dan kesepakatan para ulama. Tapi ramai umat Islam yang mengabaikan dan bersifat acuh tak acuh (buat x tau) akan tuntutan dan kewajipan menutup aurat ini, baik lelaki mahupun perempuan. Bak kta al-fadhil Ust Abdul Hadi Osman "Laki Perempuan Serupa!!"...

Apa yang menyedihkan ialah cara atau trend berpakaian segolongan individu, khususnya perempuan, tidak menepati dengan apa yang digariskan oleh syara‘. Pakaian yang mereka pakai bukan untuk menutup aurat, sebaliknya hanya menampal sebagai perhiasan semata-mata agar dipandang cantik dan bergaya.



Yang menyedihkan lagi, anggapan sesetengah individu itu bahawa memadai apabila dia memakai tudung sahaja, maka sudah bermakna dia menutup aurat. Sedangkan pakaian yang dipakai nyata masih tidak menepati tuntutan menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syara‘, seperti memakai seluar yang ketat atau pakaian pendek, nipis (jarang) dan kain berbelah, sama ada mereka sedari ataupun tidak bahawa pakaian yang mereka pakai itu adalah mengghairahkan. Bahkan cara bertudung pun masih menampakkan anggota aurat yang wajib ditutup atau disembunyikan.


Duk ada jugak jenis yang berpakaian lengkap berhijab bila ada majlis2 keagamaan, org meninggal dan lain2... Waktu2 lain, TUDIA!!! Paham2 la na... Malas nk cerita lebih2...

Satu lg masalah, ramai yang duk ingt aurat ni kt rambut ngn pakaian ja. Mungkin kita ditekankan ngn dua aspek ni sja. Jadi sapa2 yg dh setel pakaian ngn rambut, cuba check dr aspek2 ni pulak...

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) macam hantu loceng (bukan bonceng na) - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.





4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Situasi sebeginilah sepatutnya berlaku: org yg x tutup aurat dipandang aneh...

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.



Sudah terang pi pasang Spotlight, Hadith nabi ni...


Apa yang ditulis ni bukanlah nk habaq laki ni 'perfect' lelaki juga ada kelemahan dia. Tetapi perempuan mempunyai anggota aurat yg lagi banyak.


Kalau bagi laki pulak... laki pon ada aurat jgk... jgn duk ingt x da...
Aurat lelaki ni bergantung kepada situasi2 tertentu...


Terdapat 3 situasi :

Situasi pertama : aurat lelaki bersama lelaki
- Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.
- Sabda baginda bermaksud: “Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.”

Situasi kedua : aurat lelaki bersama Mahram
- Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.
- Sekiranya mereka termasuk dalam golongan orang yang seperti bapa, adik beradik kandung, bapa saudaranya dan lain-lainnya maka aurat yang mesti ditutupi ialah bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lututnya.



Situasi ketiga : aurat lelaki bersama wanita ajnabi
- Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.
- Manakala dalam kitab Hidayah al-Sibyan Fi Ma’rifah al-Islam Wa al-Iman mengatakan auratnya seluruh tubuhnya”
- iaitu tidak harus bagi seorang wanita melihat kepada seorang lelaki yang bukan mahramnya sama seperti tidak diharuskan seseorang lelaki itu melihatnya.
- Tetapi jika lelaki itu suaminya, maka tidak timbul masalah aurat di antara keduanya, malah tidak ada apa yang dinamakan aurat di antara mereka.

Firman Allah S.W.T , al-Mukminun: 5 bermaksud:
“Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali isteri-isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.”

Mungkin setakat ni shj perkongsian dgn ilmu saya yg sedikit ni...
Moga2 apa yg kita dapat ni bolehlah diamalkan dan dipraktikkan bagi menjana generasi islam yg cemerlang...
For the conclusion, i strongly believe that protecting our dignity by wearing hijab is compulsory...

Moral of the Story
Kita terutamanya masyarakat MUSLIM ni diserang dgn satu penyakit yg amat dasyat iaitu penyakit "al-wahan", cinta dunia, takut mati... Jadi moga2 dengan usaha kita yg sedikit ni dlm menjaga halal dan haram dlm agama ni diredhai Allah...

Hasil taruh sebulan botol C2...

Insya-Allah, yang baik tu datang dr Allah, yg lemah dan kurang ni datang diri sya yg banyak melakukan kesilapan... Jadi sama2 kita saling memperingati, "Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu berguna bg umat islam"... 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

                http://chitchat85.blogspot.com
                http://www.myspace.com/azhar_muslim

Wednesday 31 August 2011

chapter 2: balek kmpong + raya 2011

assalamualaikum semua...
ini baru 1st time nk taip panjang2... hehe..

mcm besa, bila dh rayo mesti nk balek kmpg... btol x???
kali ni ak rayo kek kolo pilah... p sna naek train ngn kak+adek ...
knapa mak ayh x ikut skali??? mak ak bru jd pengetua... kerja dh ikut office hours jd x leh la nk ikot skali... huaaaaa... ari senin kejo lg...

25/8 (khamis)
mlm tu train berlepas pkul 12:55... tertulis dlm tiket pkul 11:50... hhhhmmmm besalah KTMB...
jd mlm tu kak ngn adek ak tdoq troih bila dh naek ketapi tu... ak nk tdoq tp suhu dlm tu x kondusif bagi proses hibernasi nk berlaku... jd ak kenalah berjaga sepanjang malam bertemankn buku tutoq dan pensel sebatang...
buku tutoq ak...
sabojelah... dengan sejuk yang teramat sangat...

26/8
skip mlm tu sbb x byk benda sgt berlaku... siap tutoq pn takat no5 ja... pg tu sampe kt kl sentral tros nek komuter kot(org x besa duk kl)... bertolak ke seremban... disebabkn ak x tdo semalaman, jd ak tidoq dlm komuter kot tu... x la tidoq sgt pon... lelap ja...
ngntok kot...
apabila sampai di stesen seremban kami pun turun dan tggu sepupu kami amek kt sana..(skema kot ayat)...
pas spupu ak tu sampe, dya pn bwk la blek rumah dya... rehat2 pastu ptg tu p cari mknn pa patut balek bkk posa tarawih dan tros tidoq... x la tros sgt... ad la jgk ms8 dlu sat pastu baru tidoq...

27/8
bgn pagi, gosok gigi, guna sensodyne... hehehe... nyanyi sket... pas solt subuh tu tros bertolak ke k.pilah or to be more specific juasseh tongah... di sinilah rumah makcik ak... pagi tu sampe2 makcik ak kta arini x da kerja jd 1st thing yglintas kepala otak ak nk tidoq... tp kak ak suh p buat kerja masing2... disebabkan ak ni adik yg solleh, ak pn p la sambung bwt tutoq ak tu... ak pn buat 2 soklan dan terus tidoq... pastu bgn solat2 tgk tv b-yond tlg buat kuih mlaka bkk posa tarawih dan tidoq... arini mmg boring... hhhmmmmm....
buat kuih mlaka...

28/8
haaa.... arini interesting sikit sbb arini ak kacau dodoi... dodol ni rupa2nya senang ja nk buat.... anda hanya memerlukan santan, tepung puluit, gula anau, gula pasiaq... siap jdlah dodol... cuba part yg x bestnya kna sentiasa kacau dodol ni spya x melekat kt kuali tu... knalah kacau dr 9.30 pg smpe 3.00 ptg... pergh lma kot... pnat2...
proses perah santan...

ni duk hancuqkan tepung puluit
kachau2...
ini adalah gula anau bkn angau...
 mcm chef la pulak... ak stop kacau dodol ni dlm pkul 12... org kampg pn dh mula dtg... ak pn dh naik segan lantas ak blek rumah... tunggu lg... ak pn tdoq lah... sampe dlm pkul 3... solat2 pastu p tgk dodol blek... elok nk p ja, dodol dh siap... hahaha... jd ak menikmatilah dodol itu... pastu mcm biasa solat2 tarawih tidoq...

29/8
arini disebabkan ak semalam amat penat dan tenat jd ak tdo dr pg smpe tgh hari... heheheh... arini org semua p bakaq lemang blueberry... rugi ak x p... ak jaga dr tidoq tgk dh siap dibakaq... jd aritu ak x bwt apa sgt... lena ja byk...
hhhmmm bluberry... my favourite....

owh lupa... ak ad p parut kelapa... tu ja kot kerja ak bwt aritu... huhuhu... ptg tu mak ayh ak mai k.pilah... yay3... hehehe... jg kmi berbuka bersama... mlm tu lps solat isyak ad la sedikit halaqah... mak ak ad berkata "esok, kita x mau baju ja baru n elok... kita nak pakaian taqwa kia pon baru dan elok bahkan lg elok dr pakaian fizikal ni"... huhuhu... ak trasa kot... kata2 ni menyentuh perasaan ak sbb ak ni x manfaatkn ramadhan yg datang ni elok2... hhhmmm... pastu makan2 tdoq...

30/8
allahuakbar allahuakbar allahuakbar!!!
raya2!!! yay!!! tp mengingatkan kmbali kta2 mak ak mlm td x jd nk syok2 sgt... sbb diri ini x layak tuk beraya... tp x pa ak pn siap2 pake bju mlayu...
siap2 nk p masjeed..

bju rya ak taun ni sama mcm taun dulu2...

off we go....
lepas solat ak bwk keta balek (tiada dlm gambaq)... muahahah... pastu mkn2 sampe kenyang... petangnya kmi smua kluaq p rumah sanak saudara... bleh tahan la bestnya... mlmnya ad ja lg tetamu mai tp.... ak dh lama luang masa check saham... hehehe... pas smua org balek ak pn sambung tdoq... hahaha..

31/8
arini b'day mak ak... happy birthday ummi... juga hari kemerdekaan... happy independence day... juga ari kedua syawal happy 2nd day of syawal...
pg tu mcm besa sarapan mandi2 dan berkemas tuk balek k.pilah dh... waaaaa... sedehnya... tp nk blek p.buntaq dh... yaaay... hhhmmm... kemas2 naik kreta dan blek... cmtu jelah kot raya ak taun ni... alhamdulillah....





moral of the story

ramadhan ni dtg setaun skali so dont waste it...
biarlah kita keluar ramadhan ni dgn pakaian taqwa yg baru...
ramadhan ni madrasah tmpt kita cas balik iman dan ketaqwaan kita...



sekian wabillahi taufik wal hidayah... wassalamualaikum warahmatullahi  wabarakatuh..
salam pertemuan...
yg baik itu dtg dr allah... yg lemah dan kurang itu dtg dr diri saya sendiri...
wassalam...

Saturday 23 July 2011

chapter 1: introduction

krik...krik...krik...
Nama saya Ahmad Yasier bin Zainoddin...
Alhamdulillah dh hidup 18 tahun (23/07/2011)
X tau nk tulis apa kot... Sebenaqnya bwt blog ni nk blajaq tuk Giatmara pnya modul... hehehe...
Nak tau apa2 lg contact no ni... 
Celcom: 0134522489...
Maxis: 0174845892...